Bapa nyaris cedera dilibas parang guru
KUALA KRAI 1 Mac - Akibat membuat aduan kepada sekolah tentang tindakan seorang guru mendenda anak lelakinya makan dalam tong sampah, seorang bapa nyaris cedera dilibas dengan sebilah parang oleh guru berkenaan.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.15 petang kelmarin ketika lelaki terbabit, Mohamed Noor Salleh, 56, datang ke sekolah berkenaan di Rancangan Pembangunan Tanah Chuchuh Puteri di sini untuk mengadu tindakan guru itu yang didakwa mendenda anaknya selama dua hari berturut-turut.
Menurutnya, beberapa jam selepas itu, guru berkenaan tiba-tiba menyerangnya dengan parang panjang ketika dia minum di sebuah kedai makan bersama beberapa penduduk kampung.
"Saya pergi ke sekolah untuk bertanya mengenai hukuman guru berkenaan terhadap anak saya dan meminta pihak sekolah memberi penjelasan.
"Bagaimanapun, waktu petang ketika sedang minum, guru itu tiba-tiba datang menyerang saya dengan melibas sebilah parang, mujurlah tidak kena pada saya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mohamed Noor, dia terselamat apabila sekumpulan 20 penduduk kampung datang membantu menenangkan guru terbabit yang juga warden asrama sekolah berkenaan.
Dakwanya lagi, insiden tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja apabila guru berkenaan memarahinya ketika mereka bertemu di pagar sekolah kira-kira pukul 6.45 petang hari yang sama ketika dia dan isterinya datang menjemput anak mereka yang tinggal di asrama.
Ketika itu, dakwanya, guru lelaki berkenaan ditemani dua ahli keluarganya yang turut bertindak memarahinya.
Sehari sebelum kejadian itu, isterinya juga dimaki-hamun oleh guru berkenaan apabila datang ke sekolah bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya mendenda anak lelaki mereka yang belajar di tahun enam.
"Guru itu mencabar isteri saya supaya berjumpa dengan guru besar dan buat aduan, sebab itulah saya sendiri datang keesokannya untuk membuat aduan.
"Tetapi apabila saya datang ke sekolah, guru itu pula marah dengan tindakan saya dan menyerang saya dengan parang," dakwanya.
Berikutan tindakan guru terbabit, Mohamed Noor membuat satu laporan di balai polis berdekatan kerana bimbang dengan keselamatan diri dan ahli keluarganya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Rahim Ab. Ghani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes itu sedang disiasat.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussin Awang berkata, pihaknya belum dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan meminta laporan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan
Tuesday, March 1, 2011
30 ditahan dalam pesta dadah, arak
30 ditahan dalam pesta dadah, arak
KUALA LUMPUR 1 Mac - Majlis sambutan hari jadi yang diadakan di sebuah bilik hotel di ibu negara bertukar menjadi pesta liar apabila 30 individu yang terlibat dalam sambutan itu termasuk lima wanita ditahan kerana menagih dadah dan mengambil minuman keras.
Serbuan sepasukan anggota dan pegawai polis di sebuah hotel di Jalan Pudu, Cheras kira-kira pukul 4 pagi Sabtu lalu itu dibuat hasil maklumat orang awam yang tidak tahan dengan bunyi bising dan muzik yang kuat dari bilik hotel berkenaan.
Menurut sumber, mereka yang ditahan berusia antara 18 tahun hingga 30 tahun sedang menari dalam keadaan khayal dan mabuk ketika serbuan dilakukan.
Beberapa peket dadah jenis ketamin, heroin, Eramin 5 dan ekstasi selain berpuluh-puluh tin dan botol arak ditemui di atas lantai bilik hotel itu.
"Bilik hotel berkenaan dipercayai ditempah khusus untuk majlis sambutan hari jadi. Bagaimanapun ia bertukar liar selepas tengah malam.
"Bunyi bising muzik yang kuat dan jeritan suara mereka menganggu penghuni lain dan kakitangan hotel berkenaan menyebabkan mereka membuat aduan kepada polis," kata sumber itu lagi.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan tangkapan tersebut.
"Hasil pemeriksaan air kencing mendapati, seramai 19 orang termasuk dua wanita daripada mereka positif mengambil dadah.
"Kesemua yang ditahan bekerja di sektor swasta dan sudah lama mengenali antara satu sama lain," katanya.
Beliau memberitahu, kesemua mereka kini ditahan reman sehingga Khamis ini dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam pada itu, Mohan menasihatkan ibu bapa agar mengambil tahu pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka supaya tidak terpengaruh dengan budaya barat yang melampau.
"Pergaulan bebas tanpa batas dan pengunaan dadah dan arak bukan satu amalan hidup yang sihat. Ia bukan sahaja merosakkan diri dan masa depan, malah menjejaskan maruah keluarga," katanya lagi.

Pemandu teksi ditemui mati ditembak
Pemandu teksi ditemui mati ditembak
2011/03/01
SANDAKAN: Seorang pemandu teksi ditemui mati dengan dua kesan tembakan di tapak pembinaan Universiti Malaysia Sabah di Batu 10 Jalan Sungai Batang semalam.
Mangsa dikenali sebagai Junaidi Saman, 53, yang mati akibat ditembak di bawah dagu dan bawah kanan mulutnya dipercayai menggunakan pistol kaliber .45. Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong, berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 7 malam selepas seorang pengawal keselamatan di tapak pembinaan itu menemui mayat mangsa yang dalam keadaan tertiarap di tepi sebuah teksi. "Siasatan di tempat kejadian menemui dua kelongsong peluru dipercayai daripada pistol kaliber .45 dan mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat," katanya ketika ditemui di Balai Polis Bandar Sandakan di sini hari ini.
Beliau berkata, motif pembunuhan belum dapat dikenal pasti dan pihaknya akan menjalankan siasatan dari semua sudut terutama motif dendam.
Rowell berkata, mangsa dipercayai dibunuh tidak lama sebelum mayatnya ditemui kerana ada pengawal keselamatan di tapak pembinaan itu melihat sebuah teksi masuk ke kawasan itu kira-kira jam 6 petang.
"Mangsa ditembak di luar teksinya kerana tiada kesan darah serta pergelutan di dalam teksi dan polis mengesyaki terdapat lebih daripada seorang suspek terlibat dalam pembunuhan itu," katanya.
Beliau berkata, operasi memburu suspek sedang giat dilakukan dan bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dilakukan esok. - BERNAMA

Miliki heroin, pembantu kedai dipenjara 7 tahun, 10 sebatan

01/03/2011 4:41pm
KOTA BHARU 1 Mac - Seorang pembantu kedai runcit, Sahidan Mat Zain, 31, dipenjara tujuh tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu memiliki dadah jenis heroin pada tahun lalu.
Bagaimanapun dua sahabatnya, bernasib baik apabila dibebaskan oleh Hakim Zainal L. Salleh selepas pihak pendakwa menarik balik pertuduhan ke atas mereka.
Zainal memerintahkan hukuman tersebut berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 28 Disember 2010, manakala tertuduh pertama, Mohd. Zoriff Mat Zain, 26, dan tertuduh ketiga, Wan Mohd. Shahriel Wan Mohd. Noor, 25, dibebaskan. - Utusan

Monday, February 28, 2011
Kecoh nelayan Vietnam mabuk bergaduh
Kecoh nelayan Vietnam mabuk bergaduh
ANGGOTA polis mengawal dua kumpulan nelayan warga Vietnam yang ditahan setelah terbabit dalam pergaduhan di Jeti Pelabuhan Perikanan Cendering, Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN//AZLAN BAHRUM
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA TERENGGANU 28 Feb. - Suasana di Jeti Pelabuhan Perikanan Cendering dekat sini kecoh awal pagi ini apabila dua kumpulan nelayan warga Vietnam terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan dua daripadanya parah.
Kejadian berlaku antara pukul 7.30 pagi hingga 8 pagi ketika kesemua 19 nelayan berusia lingkungan 20-an itu dikatakan mabuk selepas mengambil minuman keras sejurus selepas berlabuh di jeti itu seawal pukul 4 pagi.
Berikutan kejadian itu, enam orang nelayan ditangkap oleh polis manakala tiga lagi sempat melarikan diri ke arah Bukit Cendering yang terletak tidak jauh dari kawasan itu.
Dua nelayan yang cedera parah di rusuk kiri, paha dan kepala dalam kejadian itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk rawatan lanjut. Keadaan mereka dilaporkan stabil.
Difahamkan, suasana di jeti bertukar kecoh serta kelam-kabut apabila berlaku aksi pergaduhan melibatkan senjata seperti parang dan batang besi meter di sekitar jeti itu.
Polis menemui dua bilah parang dan sebatang besi yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Difahamkan, sejumlah senjata lain sempat dibuang ke dalam laut sebelum anggota polis tiba di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati dua nelayan Vietnam dalam keadaan parah.
"Seorang daripadanya ditikam pada rusuk kiri dan paha manakala seorang lagi luka di kepala. Enam lagi berjaya diberkas manakala tiga lagi melarikan diri ke arah bukit berhampiran.
"Anggota polis dari IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuala Terengganu, IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) serta Unit Anjing Pengesan segera dikerah untuk menjejaki tiga nelayan Vietnam yang lepas lari," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Manoharan, dua kumpulan nelayan Vietnam itu tiba dengan bot berasingan di pelabuhan tersebut antara pukul 4 hingga 5 pagi sebelum mereka dipercayai mengambil minuman keras.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, berlaku salah faham antara mereka sehingga tercetus pergaduhan yang menyebabkan dua daripadanya cedera parah.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan punca sebenar kejadian masih belum diketahui, ujarnya

Lelaki didakwa miliki Revolver, peluru
Lelaki didakwa miliki Revolver, peluru
RUSMA Mustapa ketika hadir di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU 28 Feb. - Seorang pemandu kereta 'prebet sapu' didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memiliki sepucuk Revolver dan empat butir peluru.
Bagaimanapun tertuduh, Rusma Mustapa, 49, dari Kampung Kerasak, Bunut Susu, Pasir Mas mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Riffin.
Dalam pertuduhan pertama, Rusma didakwa memiliki sepucuk Revolver 22 jenis Smith & Wesson, yang menyalahi undang-undang pada pukul 1.45 petang, 14 Februari lalu di Pos A, Komplek CIQ, Bukit Bunga, Tanah Merah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali.
Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh, masa dan tempat yang sama tertuduh didakwa memiliki empat butir peluru tanpa lesen sah.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Hakim menetapkan 28 Mac ini bagi sebutan semula kes untuk tertuduh melantik peguam. Dia ditahan reman di penjara kerana tiada jaminan ditawarkan.

Sunday, February 27, 2011
11 pelajar dakwa dicabul guru disiplin
11 pelajar dakwa dicabul guru disiplin
Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Nor Fazlina Abdul Rahim
2011/02/28
Cikgu letak tangan atas dada lepas merotan
KUALA LUMPUR: Sebelas pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Ampang di sini, mengadu dicabul guru disiplin ketika merotan mereka bagi kesalahan tidak hadir perhimpunan kerana menyiapkan kerja sekolah, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 7 pagi, guru lelaki berusia 40-an itu didakwa meletakkan tangannya pada bahagian dada pelajar terbabit kononnya bagi merasai denyutan jantung ketika merotan punggung mereka. Semua pelajar terbabit sebelum itu dikatakan berada dalam kelas bersama dua lagi pelajar lelaki kerana menyiapkan kerja sekolah sebelum ketidakhadiran mereka ke perhimpunan disedari seorang pengawas. Pengawas itu kemudian mencatatkan nama semua pelajar berkenaan sebelum membawa mereka berjumpa guru disiplin.
Sumber berkata, apabila berjumpa guru disiplin, semua 13 pelajar termasuk dua pelajar lelaki dirotan di punggung dengan guru berkenaan didakwa memegang dada pelajar perempuan kononnya untuk merasai denyutan jantung mereka.
Katanya, berikutan kejadian itu, pelajar perempuan terbabit mengadu kepada ibu bapa mereka sebelum ibu kepada salah seorang pelajar datang ke sekolah pada hari sama untuk mendapatkan penjelasan.
“Ketika wanita itu cuba mendapatkan penjelasan, guru disiplin terbabit dikatakan naik berang dan mencampakkan buku ke lantai menyebabkan wanita terbabit cuba berjumpa pengetua sekolah namun tetap tidak berhasil.
“Berikutan itu, beliau membuat laporan polis pada hari sama,” katanya semalam.
Difahamkan, guru lelaki itu kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

Subscribe to:
Posts (Atom)