RAWANG: Enam lelaki bertindak membakar bilik cetakan dan pejabat pentadbiran sebuah sekolah di sini setelah gagal dalam cubaan mereka mencuri komputer riba milik sekolah itu.
Mereka memecah masuk sekolah itu pada 2.45 pagi dan menyerang dua pengawal sekolah berusia 47 dan 52 tahun yang sedang meronda dengan tong pemadam api dan objek tajam sehingga kedua-duanya cedera parah.
Guru Besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina San Yuk, Yau Kok Wan, 54, berkata komputer riba yang cuba dicuri itu adalah yang digunakan bagi program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
"Keenam-enam suspek turut merosakkan dua kamera litar tertutup (CCTV) kantin sekolah berkenaan," katanya kepada pemberita di sekolah itu di sini.
Beliau berkata, salah seorang pengawal yang berlumuran darah keluar untuk mendapatkan bantuan daripada penduduk setempat selepas keenam-enam suspek beredar dari kawasan sekolah.
Yang berkata, beliau telah membuat laporan polis dan menganggarkan kerugian bernilai kira-kira RM80,000 termasuk kerosakan empat mesin cetak, penyaman udara, mesin fotostat, mesin faks, mesin cetak dan enam komputer meja.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Gombak, DSP Zakaria Abu Kassim, mengesahkan kejadian tersebut dan kedua-dua pengawal itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dalam keadaan stabil dan kes tersebut sedang disiasat. - Bernama
Tuesday, February 9, 2010
Monday, February 8, 2010
Dadah : 34 warga Iran ditahan
Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my
Zul Hasnan Najib Baharudin (kiri) melihat dadah yang dirampas di sekitar Lembah Klang di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 8 Feb 2010 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan sembilan cubaan menyeludup masuk dadah syabu ke negara ini yang didalangi dua sindiket warga Iran setelah menahan 34 rakyat negara itu dan merampas 42 kilogram syabu bernilai RM10.5 juta.
Turut ditahan ialah tiga lelaki tempatan, seorang warga Filipina dan seorang warga Singapura.
Selain itu, polis turut merampas wang tunai dan pelbagai aset berjumlah RM225,850.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin ketika mengumumkan kejayaan itu berkata, tangkapan dilakukan sejak awal tahun ini sehingga semalam.
Katanya, kesemua suspek yang berusia antara 15 hingga 58 tahun itu ditahan sama ada ketika melalui pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau ketika melakukan transaksi di hotel-hotel terkemuka di ibu negara.
“Jumlah tangkapan dan nilai rampasan dadah tersebut dalam tempoh begitu singkat itu jelas mengejutkan jika dibandingkan dengan tangkapan seramai 24 warga Iran bersama 16.8 kilogram syabu sepanjang tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Lebih menghairankan, kata Zul Hasnan, satu demi satu tangkapan berjaya dilakukan hampir setiap hari di KLIA, bermula Selasa lalu sehingga semalam.
“Siasatan mendapati kesemua mereka bertindak sebagai kurier dadah, menaiki penerbangan dari Dubai, dipercayai dijadikan transit sebelum datang ke Malaysia. Ada beberapa suspek pernah keluar masuk beberapa kali sebelum ini.
“Kami percaya dadah syabu yang berkualiti tinggi itu diseludup keluar dari Iran dengan menggunakan khidmat kurier, untuk edaran di pasaran Asia Tenggara termasuk negara kita,” jelasnya.
Zul Hasnan menambah, modus operandi penyeludupan seperti yang dikesan sebelum ini iaitu menelan ketulan dadah dalam badan, disorok dalam ruang khas bagasi serta direndam menggunakan pakaian.
Mengulas lanjut kaedah menelan dadah, katanya lagi, seseorang kurier itu mampu menelan antara 80 hingga 200 ketulan bentuk kapsul yang dibalut dengan rapi, sebelum mengeluarkannya dengan membuang air besar.
“Kejayaan dalam tempoh dua bulan ini adalah hasil perkongsian maklumat dengan rakan-rakan polis serantau.
“Kemasukan kurier dadah dari Iran bukan saja mendatangkan masalah kepada Malaysia, tetapi juga negara-negara lain. Kami akan terus menjalinkan kerjasama dengan mereka dalam usaha membendung kegiatan penyeludupan dadah seperti ini,” katanya.
Beliau berkata, semua suspek yang ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bakal berdepan hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

Dua penyamun jadikan wanita sebagai sasaran ditahan
08/02/2010 7:54pm
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Dua penagih dadah yang menjadikan wanita yang berjalan berseorangan sebagai mangsa samun dan serangan seksual di kawasan Brickfields di sini, akhirnya berjaya ditahan oleh polis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kedua-dua lelaki berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.45 pagi Rabu lepas, masing-masing di tempat letak kereta dan di dalam sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini.
"Mereka dipercayai terlibat dalam 20 kes samun dan jenayah seksual di sekitar Brickfileds. Penahanan ini berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang mangsa wanita pada 25 Januari,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Wanita berusia 24 tahun itu mendakwa suspek yang menaiki motosikal jenis Honda EX-5 itu telah menyamun telefon bimbitnya, gelang emas, wang tunai RM100 dan melakukan serangan seksual terhadapnya.
Katanya, siasatan polis mendapati kedua-dua lelaki berkenaan merupakan penagih dadah dan terlibat dalam 20 kes menyamun wanita di sekitar Brickfields, membabitkan nilai barangan dianggarkan RM25,000. – Bernama

2 hilang pelantar rumpai dirompak sekumpulan lelaki bersenjata
08/02/2010 8:25pm
KOTA KINABALU 8 Feb. – Dua rakyat tempatan hilang selepas pelantar pembiakan rumpai laut di Pulau Sebangkat, Semporna dekat sini dirompak sekumpulan lelaki bersenjatakan raifal dalam kejadian awal pagi ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis percaya kejadian itu didalangi penduduk tempatan dan tidak melibatkan sebarang jaringan pengganas luar negara.
“Kita yakin mereka masih berada dalam perairan Sabah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Utusan

PDRM tumpas 9 cubaan warga Iran seludup 42kg syabu
08/02/2010 4:05pm
Oleh TAN MING WAI
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat kejayaan terbesar apabila menggagalkan sembilan percubaan menyeludup dadah yang didalangi sindiket warga Iran ke negara ini dengan penahanan 39 warganegara itu dan merampas 42 kilogram syabu bernilai RM10.5 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin ketika mengumumkan kejayaan itu berkata, tangkapan dilakukan sejak awal tahun sehingga semalam. – Utusan

Sunday, February 7, 2010
Ditahan sejam lepas curi kereta
SUBANG JAYA 7 Feb 2010 - Dua penjenayah berputih mata apabila ditahan bersama-sama kereta yang baru dicuri di tepi jalan di Seri Kembangan malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam iaitu sejam selepas mereka mencuri kereta Perodua Kelisa itu dari sebuah rumah di Kota Perdana, Taman Equine di sini.
Mereka berhenti di kawasan itu semata-mata untuk berbual selepas yakin mereka tidak diekori oleh sesiapa.
Namun, sebuah kereta peronda polis yang curiga dengan kehadiran kedua-dua suspek di kawasan itu telah memeriksa mereka.
Hasilnya, polis mendapati kedua-dua suspek menggunakan dua buah kereta curi iaitu Kelisa dan Toyota Wish.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, hasil soal siasat, polis menemui dua lagi kereta curi di dua lokasi di Serdang Raya.
"Polis menghubungi pemilik Kelisa itu dan memaklumkan keretanya telah dicuri dan berjaya ditemui semula," katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, suspek dipercayai saki baki anggota geng GTI yang pernah ditumpaskan sebelum ini.
"Modus operandi mereka ialah mencuri kereta tetapi tidak melakukan samun. Kita menyiasat kemungkinan mereka menjual kereta kepada bengkel untuk dileraikan," katanya.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 397A kerana mencuri kenderaan.

Kes curi motosikal tertinggi di Terengganu
KUALA TERENGGANU 7 Feb 2010 - Kes kecurian motosikal mencatatkan indeks jenayah tertinggi di negeri ini dengan purata sebanyak empat hingga lima kes kecurian berlaku pada setiap hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, sejak Januari hingga 3 Februari lalu, sebanyak 189 kes kecurian dicatatkan berlaku di seluruh negeri.
Katanya, walaupun jumlah kes berkurangan dalam tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 274 kes namun ia masih serius kerana kadar penyelesaian rendah.
"Kuala Terengganu merupakan daerah yang paling tinggi berlaku kes kecurian iaitu sebanyak 99 kes diikuti Dungun (27 kes), Marang (18 kes), Kemaman (17 kes), Besut (13 kes), Hulu Terengganu (11 kes) dan Setiu (empat kes).
"Kebanyakan kes disebabkan oleh faktor kecuaian apabila pemiliknya meninggalkan motosikal tanpa dikunci," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata, kebanyakan kejadian kecurian berlaku di sekitar tempat awam, rumah ibadat, tempat kerja dan kawasan perumahan.
Tambahnya, kebanyakan motosikal tidak dapat ditemui kerana dipercayai telah dileraikan untuk dijadikan alat ganti.
"Kita percaya kegiatan curi motosikal tersebut dilakukan oleh golongan remaja berusia 17 hingga 23 tahun.
"Mereka mahir meleraikan motosikal tersebut menjadi komponen-komponen kecil dalam masa 30 minit," jelasnya.
Setakat ini, ujarnya, pihaknya telah menahan dua buah kumpulan curi motosikal di negeri itu.
"Kita percaya terdapat puluhan kumpulan curi motosikal ini memandangkan setiap hari ada sahaja kecurian.
"Sempena Tahun Baru Cina ini kita akan mempergiatkan operasi ke semua premis dan bengkel motosikal selain pemantauan di kawasan-kawasan pasar minggu yang sering menjadi tumpuan penjenayah," katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)