KUALA TERENGGANU 2 Mac 2010 - Kemaman dan Dungun dikenalpasti menjadi kawasan utama di negeri ini berlakunya kegiatan mencuri air daripada pili bomba.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Ridzuan Hassan berkata, walaupun hanya kira-kira 10 peratus dikenalpasti tetapi kegiatan itu perlu dibendung bagi mengelakkan kerugian kepada jabatan tersebut.
Menurutnya, kegiatan itu adalah salah satu punca berlakunya kerosakan pada pili bomba dan sekiranya dibiarkan boleh menjejaskan kerja-kerja menyelamat jika berlaku kebakaran.
Selain itu, katanya, ada juga sesetengah pili bomba yang ditimbus apabila sesuatu projek pembangunan baru dijalankan.
''Namun begitu masalah itu tidak ketara kerana pihak berkuasa tempatan memberi penekanan agar pili bomba perlu dimasukkan dalam pelan pembangunan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya hari ini.
Ridzuan memberitahu, sehingga akhir tahun lalu terdapat 15,281 buah pili bomba di seluruh negeri dan daripada jumlah itu 12,972 buah adalah pili bomba awam manakala 2,309 pili bomba swasta.
Katanya, dalam tempoh itu juga sebanyak 138 pili bomba dibaiki dan 21 dipasang baru.
''Bagi memastikan orang ramai turut membantu menjaga pili bomba terutama berhampiran di kawasan rumah mereka, Skim Teman Pili Bomba diperkenalkan oleh jabatan ini.
''Sehingga kini hanya terdapat 76 daripada 15,281 pili bomba yang ada di seluruh negeri mempunyai Teman Pili Bomba," katanya.
Ridzuan menambah, skim itu yang berkonsepkan anak angkat diperkenalkan kepada orang ramai terutama di kediaman yang berhampiran dengan pili bomba untuk menjaga kemudahan itu supaya berkeadaan baik dan tidak disalahgunakan.
Katanya, pihaknya akan mengadakan lebih banyak penerangan untuk memberi kesedaran orang ramai mengenai fungsi pili bomba.
''Kita tidak mahu jika berlaku kebakaran, pili bomba tidak dapat berfungsi,'' katanya.
Wednesday, March 3, 2010
Dalang rompak kilang mayonis masih diburu
Mohd. Adnan Abdullah menunjukkan wajah suspek yang diburu, Mohd. Firdaus Zakaria pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Banda Hilir, Melaka, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
MELAKA 2 Mac 2010 - Polis kini masih memburu suspek utama kes kecurian pelbagai peralatan dan mesin bernilai lebih RM500,000 dari sebuah kilang membuat mayonis di Kawasan Perindustrian Serkam Fasa 11 Halal Hub Serkam, Jasin, di sini pada 18 Februari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek terbabit adalah Mohd. Firdaus Zakaria berusia 24 tahun dan berasal dari Segamat, Johor.
Menurut beliau, siasatan polis mendapati, suspek baru sebulan bekerja dengan syarikat keselamatan di kawasan perindustrian tersebut.
"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Jasin di talian 03-5292222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
"Kita percaya lebih daripada seorang terlibat dalam rompakan itu dan yakin suspek akan dapat ditangkap dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang akhbar di IPD Melaka Tengah di sini hari ini.
Sebelum ini, polis telah menahan tiga suspek lelaki berusia 24, 38 dan 52 tahun bagi membantu siasatan kes tersebut.
Pada 18 Februari lalu, sebanyak 22 jenis peralatan dan mesin termasuk tujuh unit pendingin hawa disedari hilang oleh seorang penolong pengurus syarikat dari Jepun yang melawat kilang itu kira-kira pukul 8.30 pagi.
Kesemua mesin dan peralatan tersebut belum dipasang dan kilang mayonis dari Jepun itu dijangka memulakan operasi mulai Ogos ini.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Tuesday, March 2, 2010
Dalang jual organ rakyat Malaysia ke luar negara
02/03/2010 5:29pm
PADANG BESAR 2 Mac 2010 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan wujud kegiatan menjual organ membabitkan mangsa rakyat Malaysia ke luar negara.
Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, kebanyakan mangsa yang dilaporkan adalah terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Mereka ini ada yang diculik dan dibawa ke negara asing sebelum organ mereka dicuri dan dijual kepada yang memerlukan, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran kempen Anti Pemerdagangan Manusia di sini.
Beliau yang tidak mendedahkan tahap keseriusan kegiatan itu berkata, ada juga mangsa yang diperdaya untuk menjual organ mereka di negara asing tetapi tidak dibayar seperti dijanjikan.
"Penjualan organ ini yang berlaku sama ada dalam bentuk paksaan, tidak sedar atau dalam keadaan sedar adalah salah dan tertakluk kepada Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007,” katanya.
Mengulas mengenai kegiatan pemerdagangan orang di negara ini, Abdul Rahim berkata, dalam tempoh 28 Februari 2008 hingga 7 Februari lepas seramai 186 orang telah didakwa mengikut akta tersebut.
Kebanyakan yang menjadi mangsa adalah kaum wanita dan perangkaan menunjukkan daripada 231 mangsa kes itu sejak dua tahun lepas, 154 orang adalah wanita, katanya. - Bernama

Monday, March 1, 2010
Lelaki Bangladesh diculik rakan
Dua suspek yang sedang diburu polis berhubung kes culik seorang lelaki Bangladesh di Klang, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KLANG 1 Mac 2010 - Hasrat seorang lelaki Bangladesh untuk bertemu rakannya di sini, Jumaat lalu, berakhir dengan mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa culik dua rakan senegaranya sendiri.
Segala-galanya bermula apabila mangsa yang bekerja di Senai, Johor, tiba di sini dan menerima pelawaan dua suspek terbabit untuk menaiki motosikal mereka.
Ketika kejadian kira-kira pukul 8 malam, mangsa yang dikenali sebagai Kadarmiah, 23, sedang berjalan di Jalan Dendang 1, Taman Rasnah, untuk ke rumah rakannya di Taman Intan di sini.
Bagaimanapun, mangsa dibawa ke sebuah rumah teres dua tingkat di taman tersebut sebelum dikurung selama dua hari.
Lebih kejam, kaki dan tangan mangsa turut dirantai selain tidak diberi makan.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, kedua-dua suspek meminta mangsa membayar RM20,000 jika mahu dilepaskan.
"Polis menerima maklumat daripada orang awam yang mendengar jeritan meminta tolong dalam rumah tersebut.
"Sepasukan anggota yang menyiasat menemui mangsa di bilik utama di aras atas rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamad berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada mangsa dan memperolehi lakaran wajah suspek.
Katanya, polis sedang memburu suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran.
Ujar beliau, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 342, Seksyen 385 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
"Mangsa telah dihantar ke di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kerana cedera ringan dan lemah kerana tidak diberi makan," katanya.

Jurujual wanita ditahan disyaki buang bayi
SEGAMAT 1 Mac 2010 - Seorang wanita berusia 22 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi yang hampir reput dalam tandas sebuah pusat latihan memandu di Jalan Lapangan Terbang di sini baru-baru ini.
Wanita yang bekerja sebagai jurujual itu ditahan di rumahnya di Taman Segamat Baru pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Majid Md. Ali berkata, wanita itu ditahan kurang 24 jam selepas polis mendapat maklumat mengenai penemuan mayat bayi tersebut.
Katanya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
"Jika didapati bersalah, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Rabu lalu, seorang kakitangan di sebuah pusat latihan memandu gempar apabila menemui bungkusan berbau busuk yang ditinggalkan di dalam tandas wanita.
Bungkusan plastik yang ditemui dalam sebuah tangki air tandas itu kemudian diperiksa oleh pihak polis sebelum disahkan sebagai mayat seorang bayi.
Pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital mengesahkan jantina bayi itu adalah lelaki, dipercayai dilahirkan kira-kira dua hingga lima hari sebelum mayatnya ditemui.

Enam sekeluarga trauma dibaling bom botol
01/03/2010 3:23pm
PULAU PINANG 1 Mac 2010 - Enam sekeluarga trauma selepas rumah sewa mereka di Weldquay di sini dibaling bom molotov cocktail dalam kejadian kira-kira pukul 3.22 pagi ini, dipercayai bermotifkan ugutan.
S.Murali, 37, berkata, semasa kejadian mereka sekeluarga sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi bising enjin motorsikal sebelum terdengar bunyi kuat menghentam dinding rumah.
"Isteri dan empat anak saya terkejut dengan bunyi kuat berkenaan lalu saya keluar dari rumah dan melihat satu botol berisi sejenis cecair berserta sumbu dengan kesan terbakar yang dipercayai bom molotov cocktail di tepi dinding rumah.
"Nasib baik bom itu terpadam, kalau tidak mesti rumah yang kami sewa sejak empat tahun lepas terbakar atau mengalami kerosakan,” katanya di sini hari ini.
Ekoran kejadian itu, beliau yang merupakan pesara bank membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan keluarganya dan takut kejadian sama berulang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Setakat ini kita telah tahan empat lelaki berusia 20 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan menurut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” katanya. - Bernama

Mayat lelaki dalam guni gula ditemui di sungai (1/3/10)
SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki yang dibungkus dalam guni gula ditemui di sebatang sungai berhampiran Kampung Sungai Perahu, Jalan Bukit Selambau ke Jeniang, hari ini.
Mayat yang hampir reput itu ditemui pada jam 10.30 pagi oleh seorang warga emas yang berkebun di kawasan itu setelah terhidu bau busuk.
"Tiada pengenalan diri ditemui pada mayat lelaki itu," kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali.
Beliau berkata, mayat itu dihantar ke hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.
Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)